Thursday, February 3, 2011

Shoppe @ Fiza Litchin

Hai semua!

Di Fiza Litchin, saya akan cuba sehabis boleh memberikan komitmen yang terbaik kepada semua klien Litchin terutamanya individu yang berminat tentang produk DeBella di sekitar Ipoh dan sekitarnya.

Kenapa Litchin? Saya pernah menggunakan satu produk sebelum ini. Namun apabila diperkenalkan dengan Litchin, saya merasakan ia patut dikongsi bersama. Ia patut digunakan oleh semua individu yang mahukan berat badan ideal sambil memiliki kesihatan yang baik. InsyaAllah. Kita hanya berusaha. Litchin bukan sahaja satu produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan, malah ia lebih dari itu. Ia sesuai untuk Vegetarian, kerana ia dihasilkan daripada 100% sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kenapa saya bersama Litchin? Kerana saya telah mencubanya pada diri sendiri. Percaya atau tidak, berat badan  saya telah turun sebanyak 5kg dalam 15 hari sahaja. Ia bukan satu kejutan, ia membuatkan saya lebih yakin kerana telah mencubanya pada diri sendiri. Apabila ia berjaya pada diri sendiri barulah saya rasa saya mahu berkongsi dengan individu diluar sana.

Apa itu Litchin? Tak kenal maka tak cinta =)

Litchin terdiri dan perlu diambil dalam set yang mana terdiri dari dua set sahaja. Satu set terdiri daripada:

1) Litchin Enzim De Bella (RM 145.00)

Litchin Enzim De Bella kaya dengan enzim yang sangat diperlukan tubuh untuk melicinkan proses penghadaman dan bertindak ke atas lemak yang berlebihan pada tubuh badan. 

Kandungan dalam Litchin Enzim De Bella ialah Fruit enzim, whey protein, isolated soy protein, soluble fiber, fructose, pectin, acerola powder, colostrum, passion fruit powder, garcinia gambogia dan white kidney bean. Enzim ini sangat perlu bagi tubuh badan untuk kesihatan yang baik dan melanjutkan usia.

Fungsinya
  1. Memecahkan molekul-molekul lemak yang besar kepada lebih kecil dan menyerapkan ke dalam usus untuk proses pencernaan.
  2. Bertindak kepada karbohidrat yang berlebihan yang diambil untuk ditukarkan kepada tenaga.
  3. Kandungan protein yang tinggi dapat mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan selera makan.
  4. Dapat mengurangkan pengambilan kalori dan menurunkan kadar kolestrol.
  5. Meningkatkan kadar metabolisma.
  6. Membekalkan segala nutrien dan meningkatkan antibodi badan.
  7. Memperlahankan pengeluaran lemak dan mempercepatkan pembakaran lemak.
  8. Berupaya menurunkan kadar lemak dalam organ yang menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik.
Cara pengambilan
Satu sachet sejam sebelum sarapan pagi dan sejam sebelum makan malam. 
Saya cadangkan 1 sachet pada jam 6.30 pagi sebelum pergi kerja dan 1 sachet pada jam 6.00 petang selepas balik kerja. Setiap sachet perlu dibancuh/shake dengan 200ml air pada suhu bilik.



2) Litchin Fiber De Bella (RM 145.00)

Keperluan Litchin Fiber De Bella ini adalah sebagai minuman diet untuk membantu menyingkirkan toksik dalam badan, mengatasi sembelit, mengempiskan perut dan melancarkan pembuangan najis.

Fungsinya
  1. Serat tumbuhan membantu mengurangkan cirit-birit dan menyerap air yang berlebihan ke dalam usus.
  2. Melicinkan usus dan memudahkan proses pembuangan najis.
  3. Mengurangkan sembelit dan mengatasi masalah buasir.
  4. Menyingkirkan semua sisa toksik dan membantu pembiakan bakteria baik dalam usus.
  5. Mengurangkan lemak dan paras kolestrol.
  6. Rasa kenyang yang lebih tahan lama, membantu menurunkan berat badan.
Cara pengambilan
Satu sachet malam sebelum tidur. Saya cadangkan jam 10.00 malam memandangkan ia mengambil hampir 8 jam proses untuk membuang toksin dan melancarkan pembuangan najis pada sebelah paginya. Setiap sachet perlu dibancuh/shake dengan 250ml air pada suhu bilik.

Mudahkan? hanya 3 sachet sehari. Dan insyaAllah anda akan lihat perubahan pada berat badan dan kesihatan anda. Tapi ada syaratnya. Ambil Litchin, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 3-5 liter air sehari bagi memudahkan pembuangan toksin dalam badan. Lagipun bukankah air kosong memang baik untuk kesihatan badan.

Tindakbalas ke atas tubuh kesan pengambilan litchin enzim dan fiber. 


Ia hanya pada awal pengambilan. Namun ia bergantung pada individu itu sendiri. Ada individu tidak mengalami masalah sebegini, namun ia hanya sementara. Anda pasti akan teruja dengan RESULTnya...
  1. Susah tidur pada hari-hari awal pengambilan.
  2. Tekak dan mulut terasa haus dan kering.
  3. Pengambilan air yang banyak diperlukan untuk menghindarkan rasa kurang selesa.
  4. Pembuangan air besar yang mudah dan lancar.
  5. Badan mula terasa ringan dan penurunan berat badan sudah bermula setiap hari.


Regards,

Fiza Litchin
Ipoh Trader
Any enquires, do email me: fizalitchin@gmail.com
"Jom sihat dan cantik dengan Litchin"







2 comments:

  1. ada org kata kena cuba mkn enzim dulu bg serasi dgn badan..betul ker

    ReplyDelete

Hantar sms sekiranya anda mahu permintaan dilayan dengan segera. Terima kasih.