- Kurangkan pengambilan nasi dan makanan berlemak. Cuba gantikan dengan pengambilan roti berserat tinggi untuk mendapatkan karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk tubuh anda.
- Lakukan senaman atau berjoging bagi mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
- Amalkan melakukan sit-up paling kurang 30 kali setiap hari bagi mengempiskan perut anda dan senaman angkat kaki bagi mengelakkan lemak terkumpul di bahagian peha dan punggung.
- Amalkan makan malam sebelum pukul tujuh malam. Elakkan mengambil makanan yang berat pada waktu malam kerana kadar meta bolisma yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
- Tukar cara penyediaan makanan anda setiap hari dari kaedah menggoreng atau menumis kepada kaedah yang lebih sihat seperti mengukus atau memanggang.
- Banyakkan pengambilan Sayur- sayuran dan buah-buahan. Penuhkan peti sejuk anda dengan karot, tomato, limau, epal, kobis bunga, brokoli, pelbagai jenis salad, yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, air soya dan sebagainya.
- Jika anda ingin memakan snek, cubalah anda memakan buah-buahan, buah tomato dan karot secara mentah. Untuk menyedapkan rasanya cuba campurkan dengan yogurt rendah lemak. Makan sehingga kenyang pun tidak mengapa kerana ia adalah makanan yang sihat.
- Dalam proses diet, jika anda lapar, cubalah mengambil kekacang kerana kekacang dapat mengurangkan rasa lapar. Bijirin juga elok untuk kesihatan. Campurkan bijirin dengan susu rendah lemak untuk sarapan pagi.
- Jika anda mengambil minuman, minumlah air limau nipis atau lemon kerana ia dapat membantu pembakaran lemak.
- Keraplah lakukan sauna, kerana dengan melakukan sauna dapat membantu pembakaran lemak dan menurunkan berat badan.
- Kurangkan makanan yang manis dan bergula kerana 1 sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Banyakkan minum air putih.
- Jika anda ingin menumis masakan cuba gantikan minyak masak dengan minyak zaitun kerana minyak zaitun adalah minyak yang sihat untuk anda gunakan.
- Banyakkan pengambilan ikan dan tauhu dari daging merah atau ayam untuk mendapatkan protien untuk tubuh anda kerana daging merah mengandungi kadar lemak yang tinggi.
- Pilihlah makanan berempah seperti cili, lada hitam dan biji sawi kerana ianya dapat membantu membakar lemak di dalam badan anda.
- Banyakkan memakan ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, kacang botol dan sebagainya kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.
P/s: Litchin pun boleh jadi salah satu cara untuk kuruskan badan. So... lets join me with Litchin =)
Regards,
Fiza Litchin
Ipoh Trader
Any enquires, do email me: fizalitchin@gmail.com
"Jom sihat dan cantik dengan Litchin"
No comments:
Post a Comment
Hantar sms sekiranya anda mahu permintaan dilayan dengan segera. Terima kasih.